Wednesday, June 2, 2010
Mesing Seming...
Tuesday, June 1, 2010
Aktiviti Di Pantai Teluk Lipat
Setiap hari Pantai Teluk Lipat Dungun sentiasa dikunjungi oleh orang ramai sama ada penduduk tempatan ataupun para pelancong. Pantai Teluk Lipat adalah salah sebuah pantai tempat peranginan di negeri Terengganu Darul Iman yang cantik. Dengan pasirnya yang kekuningan diulek dengan deruan ombak dari arah Laut Cina Selatan mengasyikkan lagi orang ramai yang mengungjungi pantai tersebut. Gambar ini dirakan pada waktu tengah hari di mana ada segelintir nelayan pantai menjalankan aktiviti menangkap ikan di persisiran pantai yang indah itu...
Sunday, May 30, 2010
Menunggu Pelanggan...
Gambar ini dirakam di Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu. Lihatlah betapa seorang bapa terpaksa memerah tenaga untuk mencari rezeki dalam usaha membesarkan anak-anak mereka. Saban hari inilah mata pencarian mereka yang entah berapa ringgit mendapat habuan. Dalam perkembangan arus perdana, beca bukan lagi pilihan masyarakat setempat...
Medan Selera Sura Gate 1
Subscribe to:
Posts (Atom)